Nico Robin - One Piece

Selasa, 4 Ogos 2015

Latihan Tatabahasa


Salin soalan di bawah ini dan isikan tempat-tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.


  • berkaki ayam                        
  • makan angin                        
  • alas perut                  
  • buah tangan
  • baik hati                           
  • ambil berat                          
  • ringan tulang

i.         Ramai orang pergi ______________________________ ke tepi pantai.

ii.        Kaki Zulha tertusuk duri kerana dia _______________________.

iii.       Nora selalu menolong emaknya membuat kerja. Dia seorang yang ______________________.

iv.       Pak Kasran ________________________________. Dia suka menolong orang dalam kesusahan.

v.         Mak Timah tidak meng___________________________tentang pelajaran anaknya.

vi.       Siva dan Lim membawa ___________________________ ketika melawat Rizal di hospital.

vii.       Sebelum pergi ke kelas tambahan, Jane makan dua keping roti sebagai __________________________.

Khamis, 18 April 2013

LATIHAN 7

Murid-murid, anda semua harus menyiapkan latihan ini sebagai kerja rumah pada hujung minggu ini. Buat dalam buku latihan 2 dan kepada cikgu pada hari Isnin (19 Mac 2012). 


Padankan Simpulan Bahasa di bawah dengan maksud yang betul :

1.       alas perut
a.       bersiar-siar
2.       ambil angin
b.      makan sedikit untuk menahan lapar
3.       ambil berat
c.       mengambil tahu
4.       anak emas
d.      anak raja daripada permaisuri
5.       anak gahara
e.      anak yang disayangi
6.       anak kapal
f.        orang yang bekerja di kapal atau kelasi
7.       anak negeri
g.       membesar-besarkan diri
8.       angkat diri
h.      beredar meninggalkan tempat tersebut
9.       angkat kaki
i.         penduduk tetap yang dilahirkan di negeri itu

Rabu, 10 April 2013

LATIHAN 6


Murid-murid esok cikgu tidak dapat masuk ke kelas kerana cikgu perlu menghadiri mesyuarat. Jadi cikgu hendak kamu semua siapkan latihan di bawah ini dalam buku latihan 1 dan hantar kepada ketua kelas esok juga. 


Arahan : Tulis 5 ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar di  bawah. 




Pastikan semua buat ye.. =)

Selasa, 29 Januari 2013

LATIHAN 5

Apa khabar murid-murid? 

Minggu hadapan cikgu tidak dapat masuk mengajar ke kelas 2 Arif. Jadi di sini cikgu sertakan dua latihan tatabahasa. Murid-murid dikehendaki menyiapkan latihan tersebut dalam buku latihan 1 dan hantar kepada cikgu pada 4/2/2013 ( Isnin). 



Arahan : Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang paling sesuai.

1. “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.

2. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

3. “Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.

4. Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

5. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.

6. Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.

7. “Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.



Arahan : Bina ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang berikut.

  

1. sehelai : ________________________________________________________________________. 

2. seikat  : ________________________________________________________________________.

3. sepotong : ______________________________________________________________________.

4. sebutir : ________________________________________________________________________.

5.segulung : _______________________________________________________________________.

6. sekeping : _______________________________________________________________________.

7. sejambak : ______________________________________________________________________.



SELAMAT MENJAWAB! =)


Rabu, 9 Januari 2013

LATIHAN 4

Tatabahasa 

Arahan : Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, analisis nilai-nilai yang baik dan nilai-nilai yang tidak baik yang diamalkan oleh Sang Kancil.  


Sila tulis dalam buku latihan  1 dan hantar kepada cikgu pada hari Rabu 16.1.2013


Selamat Mencuba! =)

LATIHAN 3

Tatabahasa


Arahan : Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, sila bina tiga ayat tunggal. Senaraikan empat pengajaran berdasarkan dialog dalam bahan rangsangan. 






Sila tulis dalam buku latihan 2 dan hantar kepada cikgu pada hari Rabu 16.1.2013



Selamat Mencuba! =)








Selasa, 8 Januari 2013

LATIHAN 2

Pantun

Arahan : Berdasarkan pantun di bawah, tuliskan pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.


Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormat guru
Kerana guru pembekal ilmu

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman


Sila tulis dalam buku latihan 2 dan hantar kepada cikgu pada hari Selasa 15.1.2013